Thursday 31 May 2012

SONGSANGNYA PERIBAHASA MENGUKUH ERTI, SONGSANGNYA MANUSIA BINASALAH PEKERTI

SONGSANG LAGI.. CELARU BIKIN SONGSANG LAGI. Nampaknya makin uzur dunia ini makin bangka lagi sifat manusia. Semakin sedepa pilihanraya menghampiri semakin jauh pekerti manusia. Kalau boleh diterjemahkan oleh insaf dalam diri maka tidak tersorok merah mata dengan amarah, sedih dan kesal ditafsir hati

Dewasa ini dunia adat melayu kian tercemar, kalau dulu kita punyai adat resam serta serta budi bahasa tetapi kini diluar jangka, tersasar dari peribahasa adab dan sopan tandanya bangsa. Manusia tiada lagi pertahankan peribahasa sebaliknya hancur oleh mereka

Kalau dulu kita mengata 'PISANG TIDAK BERBUAH DUA KALI'.. Hari ini tidak lagi, biarlah semahu mana ia mahu berbuah, itu rezeki berbudi dengan tanah.

Kalau dulu kukuhnya keyakinan 'TAK KAN MELAYU HILANG DIDUNIA' hari ini makin ramai melayu yang cuba memecah belah dan mahu NAHAS untuk bangsa sendiri.

Kalau dulu BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT, sekarang si anak sendiri membunuh adat

Kalau dulu menilai 'RAMBUT SAMA HITAM, HATI LAIN-LAIN' tidak lagi boleh kita pertaruhkan dikala ini, sebaliknya kini songsang pula jadinya peribahasa, mana tidaknya terbukti saya dan rakan seperjuangan maya kalau kami duduk semeja, akan ketaralah warna rambut, tak semua yang sewarna hitam lagi adanya. Paling tidak ada yang masih hitam tetapi bukan semua dan ada juga yang putih kerana usia mencecah separuh abad, malah ada juga tak lasung tidak bewarna rambut lagi bila sudah hilang segala umbut rambut diatas kepala

Tetapi yang paling setara walaupun rambut tidak sama hitam warnanya, hati kami, kalau dulu dibahasakan HATI LAIN-LAIN sekarang untuk kami tidak lansung ada samanya, sekalipun lain warna rambut tapi hati kami sama, semua sekata menjadi pejuang maya Satu hati dalam perjuangan

Songsangnya peribahasa kerana edaran masa yang membuktikan, salah menduga mungkin juga salah meneka, apa pun semua perubahan peribahasa bawa yang baik adanya. Itu soal songsangnya peribahasa yang akhirnya membawa baik belaka, bagaimana pula songsangnya manusia?

Songsangnya manusia bahayanya bangsa, demi cita-cita menjadi perdana menteri, songsang cara yang bawa bencana bangsa sekalipun tidak ada dalam kamus hatinya melihat ukuwah bangsa yang berjaya. Apa sahaja songsang cara bangsa lansung tak diambil kira

Segalanya songsang belaka, semuanya bukan lagi soal kesusilaan bangsa. Soal liwat, soal zina dengan lain bangsa, soal caci maki sebangsa, soal fitnah pecahkan bangsa, soal kepentingan diri dari bangsa, soal hakamnya mengatasi agama, soal menang dengan menjual bangsa, soal moralnya yang tanggung malu bangsa, soal setiap katanya benar belaka bukan rujuk pada fatwa ulama.....

Nampaknya semakin pudar adab resam serta budi bahasa bangsa, Kerana rosaknya seorang kerana songsang cara, akhirnya bahana dan bencana ditinggalkan untuk bangsa. Bagai sudah tiada apa, liwat rakan-rakan bangsa, zina dengan siamoi cina, zina dengan isteri sahabatnya, bangga dengan yahudi rakannya, rusuhan mengganas diaturnya, fitnah ditabur merata-rata dan banyak lagi segala pekara dan cara yang memang songsang cara pada manusia.

Semuanya bakal mengundang bencana dan musibah untuk bangsa dan negara. Kehancuran serta perpecahan bangsa tidak lagi bukan munasabah, segala songsangnya tidak lagi jadi kehairanan dan malu bangsa kerananya, JADI BIARLAH SONGSANGNYA PERIBAHASA DARI SONGSANGNYA MANUSIA SEPERTINYA DIA ADANYA.. MOGA BANGSA SEDAR DAN TAHU BAHANA BILA ADANYA SEPERTI INI YANG MEROSAKAN AGAMA DAN BANGSA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...