Friday, 6 July 2012

antara kesetian dan pembelaan......

sehingga kini tiada yg mampu mengatakan siapakah pembela dan siapa yg setia..antara hang tuah dan hang jebat.....biar apa alasan tuah yg kata setia pada sultan tetap dikritik bagai setia membuta tuli,bagaimanapun nasib jebat juga begitu tetap dikritik walau membela kematian tuah tetap tidak dipersetujui sebagai seorang sahabat yang setiakawan....persoalanya apapun yang kita lakukan tidak semesti yg baik kelihatan baik dan yg jahat seperti nampak jahat...teuskan niat murni demi membantu negara terinta malaysia teus maju .

Thursday, 31 May 2012

SONGSANGNYA PERIBAHASA MENGUKUH ERTI, SONGSANGNYA MANUSIA BINASALAH PEKERTI

SONGSANG LAGI.. CELARU BIKIN SONGSANG LAGI. Nampaknya makin uzur dunia ini makin bangka lagi sifat manusia. Semakin sedepa pilihanraya menghampiri semakin jauh pekerti manusia. Kalau boleh diterjemahkan oleh insaf dalam diri maka tidak tersorok merah mata dengan amarah, sedih dan kesal ditafsir hati

Dewasa ini dunia adat melayu kian tercemar, kalau dulu kita punyai adat resam serta serta budi bahasa tetapi kini diluar jangka, tersasar dari peribahasa adab dan sopan tandanya bangsa. Manusia tiada lagi pertahankan peribahasa sebaliknya hancur oleh mereka

Kalau dulu kita mengata 'PISANG TIDAK BERBUAH DUA KALI'.. Hari ini tidak lagi, biarlah semahu mana ia mahu berbuah, itu rezeki berbudi dengan tanah.

Kalau dulu kukuhnya keyakinan 'TAK KAN MELAYU HILANG DIDUNIA' hari ini makin ramai melayu yang cuba memecah belah dan mahu NAHAS untuk bangsa sendiri.

Kalau dulu BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT, sekarang si anak sendiri membunuh adat

Kalau dulu menilai 'RAMBUT SAMA HITAM, HATI LAIN-LAIN' tidak lagi boleh kita pertaruhkan dikala ini, sebaliknya kini songsang pula jadinya peribahasa, mana tidaknya terbukti saya dan rakan seperjuangan maya kalau kami duduk semeja, akan ketaralah warna rambut, tak semua yang sewarna hitam lagi adanya. Paling tidak ada yang masih hitam tetapi bukan semua dan ada juga yang putih kerana usia mencecah separuh abad, malah ada juga tak lasung tidak bewarna rambut lagi bila sudah hilang segala umbut rambut diatas kepala

Tetapi yang paling setara walaupun rambut tidak sama hitam warnanya, hati kami, kalau dulu dibahasakan HATI LAIN-LAIN sekarang untuk kami tidak lansung ada samanya, sekalipun lain warna rambut tapi hati kami sama, semua sekata menjadi pejuang maya Satu hati dalam perjuangan

Songsangnya peribahasa kerana edaran masa yang membuktikan, salah menduga mungkin juga salah meneka, apa pun semua perubahan peribahasa bawa yang baik adanya. Itu soal songsangnya peribahasa yang akhirnya membawa baik belaka, bagaimana pula songsangnya manusia?

Songsangnya manusia bahayanya bangsa, demi cita-cita menjadi perdana menteri, songsang cara yang bawa bencana bangsa sekalipun tidak ada dalam kamus hatinya melihat ukuwah bangsa yang berjaya. Apa sahaja songsang cara bangsa lansung tak diambil kira

Segalanya songsang belaka, semuanya bukan lagi soal kesusilaan bangsa. Soal liwat, soal zina dengan lain bangsa, soal caci maki sebangsa, soal fitnah pecahkan bangsa, soal kepentingan diri dari bangsa, soal hakamnya mengatasi agama, soal menang dengan menjual bangsa, soal moralnya yang tanggung malu bangsa, soal setiap katanya benar belaka bukan rujuk pada fatwa ulama.....

Nampaknya semakin pudar adab resam serta budi bahasa bangsa, Kerana rosaknya seorang kerana songsang cara, akhirnya bahana dan bencana ditinggalkan untuk bangsa. Bagai sudah tiada apa, liwat rakan-rakan bangsa, zina dengan siamoi cina, zina dengan isteri sahabatnya, bangga dengan yahudi rakannya, rusuhan mengganas diaturnya, fitnah ditabur merata-rata dan banyak lagi segala pekara dan cara yang memang songsang cara pada manusia.

Semuanya bakal mengundang bencana dan musibah untuk bangsa dan negara. Kehancuran serta perpecahan bangsa tidak lagi bukan munasabah, segala songsangnya tidak lagi jadi kehairanan dan malu bangsa kerananya, JADI BIARLAH SONGSANGNYA PERIBAHASA DARI SONGSANGNYA MANUSIA SEPERTINYA DIA ADANYA.. MOGA BANGSA SEDAR DAN TAHU BAHANA BILA ADANYA SEPERTI INI YANG MEROSAKAN AGAMA DAN BANGSA

Thursday, 24 May 2012

BUKAN TUHAN SAHAJA YANG MELETAKAN TAKDIR, UMAT MUHAMMAD SA.W PUN ENGGAN TERIMA KEMBALI



Kenapa sedih dan ungkit soal perjuangan, adakah korban itu terllalu besar hingga parti keramat terpaksa akur dan iktiraf dengan habuan, sonsangnya rasa mencaci UMNO, semuah itu uga boleh kembali, bagaimana sekali pun riak kamu adakah sedar natijahnya nanti, pernah kah terfikir mereka yang terdahulu yang kuburnyapun sekadar susuanan bata

Tuhan sudah perlihatkan, tuhan telah memberi jawapan, siapa sebenarnya pejuang dan siapa pula pengambil peluang. Dengan rakan telunjuk mungkin boleh melupakan, bagaimana pula pejuang yang terdahulu pula menerimanya, kamu rasa besar benar kah jasa yang patut dibalas, sedangkan kamu sendiri tahu dalam UMNO tiada kilang pasir dan tiada kilang balak!

Mereka yang perjuangkan negara dan mendokong UMNO juga sudah banyak meninggalkan kita, bukan sahaja kita kalau mereka mendengar tentunya taranya kamu seperti pengganas yang mereka tentang adanya. Ini bukan soal TER seperti hakamnya tidak berdosa kerana tidak sengaja. Tetapi inilah sebenarnya PARASIT dalam PERJUANGAN. JANGAN KECILKAN HATI PEJUANG TERDAHULU LAGI, Buktikan seperti mekik jerit kamu yang mengangkat dan mertabatkan DAP, HIDUP DAP SEDUH DILUAHKAN MAKA TIBALAH MASANYA BUKTIKAN BENARKAH MEREKA YANG SEBENARNYA PERJUANGKAN AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR... SETAKAT MENJADI CALUN YANG BAKAL MENANG MUDAH DAN BOLEH PUASKAN HATI KAMU, MAKA AKAN BERJAYA KAMU NANTI DIAGUNGKAN MEREKA,BUTA DAN TULIKAH KAMU UNTUK MENILAI SEBAGAIMANA PENCACAI YANG SUDAH LAMA BERTUANKAN DAP......

BUKAN TUHAN SAHAJA YANG MELETAKAN TAKDIR, UMAT MUHAMMAD SA.W PUN ENGGAN TERIMA KEMBALI



Kenapa sedih dan ungkit soal perjuangan, adakah korban itu terllalu besar hingga parti keramat terpaksa akur dan iktiraf dengan habuan, sonsangnya rasa mencaci UMNO, semuah itu uga boleh kembali, bagaimana sekali pun riak kamu adakah sedar natijahnya nanti, pernah kah terfikir mereka yang terdahulu yang kuburnyapun sekadar susuanan bata

Tuhan sudah perlihatkan, tuhan telah memberi jawapan, siapa sebenarnya pejuang dan siapa pula pengambil peluang. Dengan rakan telunjuk mungkin boleh melupakan, bagaimana pula pejuang yang terdahulu pula menerimanya, kamu rasa besar benar kah jasa yang patut dibalas, sedangkan kamu sendiri tahu dalam UMNO tiada kilang pasir dan tiada kilang balak!

Mereka yang perjuangkan negara dan mendokong UMNO juga sudah banyak meninggalkan kita, bukan sahaja kita kalau mereka mendengar tentunya taranya kamu seperti pengganas yang mereka tentang adanya. Ini bukan soal TER seperti hakamnya tidak berdosa kerana tidak sengaja. Tetapi inilah sebenarnya PARASIT dalam PERJUANGAN. JANGAN KECILKAN HATI PEJUANG TERDAHULU LAGI, Buktikan seperti mekik jerit kamu yang mengangkat dan mertabatkan DAP, HIDUP DAP SEDUH DILUAHKAN MAKA TIBALAH MASANYA BUKTIKAN BENARKAH MEREKA YANG SEBENARNYA PERJUANGKAN AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR... SETAKAT MENJADI CALUN YANG BAKAL MENANG MUDAH DAN BOLEH PUASKAN HATI KAMU, MAKA AKAN BERJAYA KAMU NANTI DIAGUNGKAN MEREKA,BUTA DAN TULIKAH KAMU UNTUK MENILAI SEBAGAIMANA PENCACAI YANG SUDAH LAMA BERTUANKAN DAP......

Wednesday, 23 May 2012

HERO MUNCUL SELEPAS PEMBERONTAKAN SENDIRI


Ajaib, Pelik dan Bijak, mana tidaknya bila perang yang memusnahkan jelata sendiri, manusia sebagai rakyat yang mula sonsang berfikir, kabur menilai yg benar dan boneka, berperang kerana sekecil terkuis bahu, nama warna pun sudah sukar dibedakan

Beginilah sebenarnya istilah yang digelar benggali putih sebagai REVERSE ACTION kalau kita sudah mula menyedari hakiki kejadian kebelakangan ini. Memang pada manusia cukup malas dan membosankan setiap kali ikut aturan, sebaliknya jika sonsang ia akan menjadi menarik. Putaran akal akan bertambah had laju jika kita berfikir sonsang, bak kata terdahulu.. Mengantuk bila ceramah tentang benar sebaliknya segar bila ianya menghairankan

Apa yang saya cuba perkatakan disini adalah aturan serta tindak tanduk manusia yang mengaku mereka sebagai rakyat yang tegar memperkatakan seolah berkuasa dari segalanya. Dilambung perencana yang mengangkat begitu tinggi martabatnya sebelum berakhir dengan nilai sebenarnya hanyalah sebagai pengikut atau nahu pasarnya ialah pencacai

Apa isunya pun yang sudah lepas atau disejarahkan, semua berkisar pasal perjuangan, pasal Hak dan pasal kononnya terlalu kejam kerajaan hingga tidak tertahan, tidak terkira, tidak termampu, atau tidak dapat dibendung lagi pembunuhan katas rakyat oleh kerajaan. BENARKAH KEJAM DAN ZALIMNYA KERAJAAN

BERSIH contohnya dilhat seolah suara rakyat yang menuntut hak! Rata-rata yang memukul POLIS dan Wartawan sebagaimana yang menjadi saksi mata betapa kejam yang meukul wartawan yang cuba menyelamatkan POLIS yang pengsan disebabkan lemparan pelbagai objek kepadanya. Nampaknya rasa keinsani wartawan tersebut dibalas dengan belasan jahit dikepalanya, masih lagi kita mahu akui ini sifat manusia?

BERSIH dari satu hingga tiga yg dirata-ratai oleh yang berumur belasan dan paling banyak sekadar dua puluhan umur agak pelik, mana tidaknya yang memukul, yang memecah cermin kereta peronda POLIS, yang memaki hamun dan mencarut terdiri dari golongan yang belum pernah pun mengundi, malah ada yang manjadi kali pertama mengundi sememangnya layak dijijikan

BERSIH juga amat kabur.. Apakah warna yang diperjuangkan? Sehingga kini masih delima untuk apa yang dilalak dan diganaskan, adakah sekadar sang muda yang lupa menyapu hingus dibibir sudah layak persoalkan soal caturan pengundi atau yang mahukan undi?

Sebagaimana yang saya telahkan, inilah sendiwara sebenar yang bagi mereka sebenarnya amat kabur kelebihan kepada rakyat bila sanggup sebagai pengganas sebaliknya hanya sebagai cacaian sahaja.

Memang PELIK DAN AJAIB, Kononya bersih sudah tahap tiada siuman yang berakhir babak kemunculan HERO SEBAGAI PENYELAMAT... Iaitu bernama ANUAR IBRAHIM, Inilah BIJAK yang saya maksudkan, dia mancipta dan mengupaya dan mencipta episod KEGANASAN yang akhirnya akan muncul HERO penyelamat iaitu dia sendiri

Kesian juga pada MAHAsiswa menunjukan betapa dengkelnya mereka, melalak mahu hutang dihalalkan bila ditunjuk ajar bagaimana cara merusuh dan mencaci sebagaiana membolehkan syaitan mahukan rakan untuk sang dajal, kenapa saya berkata begitu? Tentunya jawapan membuktikan betapa ceteknya akal dan lansung tidak terfikir kitab kurnian tuhan sebagai rujukan, cubaan luar kotak pemikiran dan menafikan nas hukuman agama bila semua yang terhutang mestilah diperjelaskan, jika tidak skan terima azab yang dijanjikannya nanti.

SAYANG SERIBU KALI SAYANG, TIDAK TERFIKIRKAH SIAPA YANG SEBENARNYA YANG WUJUDKAN PTPTN MEREKA? Dia yang adakan pinjaman dan dia juga yang mengarahkan di hapuskan, berkesan penanda aras bila Akhirnya rakyat mula faham bagaimana otak TWO POINTER berfikir

Wednesday, 11 April 2012

Gempa bumi di Indonesia 11.4.2012



Moga Allah melindungi kalian...... Aku bersimpati, kententuan dari Allah atas musibahnya, ada hikmah diatas segala kehendaknya......

Friday, 6 April 2012

RAKYAT TERPINGA-PINGA, TAK FAHAM...... MEMANG TAK FAHAM

Aku mula tertarik bila meronda dari blog ke blog sahabat Maya dengan tujuan melihat bagaimana mereka menulis dan mengupayakan blog mereka, pelbagai gaya dan cara atau teknik dan taktik bagi menarik pembaca menyinggah maupun adakalanya sebab terpaut kerana susunan serta warna-warni yang dipaparkan. Memang beginilah umpan terbaik bila siapa sahaja terpandang dan terfikir melihat lebih detail

Sebaliknya aku hampir terlupa tujuan asal ku untuk belajar bagaimana mereka menarik minat pengunjung malah jadi setia dan tegar kepada blog mereka, pernah aku bertemu muka dengan beberapa blogger yang mahsyur dan punya nama macam ada kuasa magic atau magnet bila setiap kali keluar posting di blog mereka.

Seperti Saudara Gomo, melihat pada blognya sebelum ini yang begitu panas dan berapi, memang agak sukar meneka tepat bagaimana rupa orangnya yang digambarkan dalam delima tekaan, selalunya salah dan jauh benar tekaan aku. Bukan sekali malah berkali-kali, semuanya tak pernah tepat

Begitu juga adakalanya sebuah blog yang dikongsi beramai, macam tak percaya semua gudang ilmu dikotak pemikiran mereka dikongsi bersama, mungkin itu lebih selesa pada mereka bila ramai yang memberi pendapat makin kukuh dan makin yakin pembaca yang mengikutinya,
Begitu juga seperti blog Sekupangdua yang mendedahkan kepincangan dan penyelewengan isu Baju Rasmi Ahli Majlis Dewan Bandaraya Ipoh.

Pada mulanya aku rasa tentunya pemiliknya seorang yang bermuka garang, berani dan tegas, mana tidaknya bila terjahannya cukup berani dan berdiri diatas fakta serta bukti, belum lagi aku dengar ada yang lain bertindak begitu.
Sebaliknya aku gagal lagi meneka dengan tepat bila melihat tuan punya nama rupanya tak lah sebegis yang aku gambarkan, itupun entah ya atau tidak bila sahabat karib aku tunjukan dari jauh seorang lelaki yang berusia separuh abad dengan begitu yakin sahih Sekupangdua. penilaianku semasa diPRN Sarawak. Malah apa yang aku lihat tidak nampak lansung perbezaan handal atau tidak berperang maya bila rakan-rakan yang duduk semeja bagai tiada apa kasta atau perbezaan yang hebat dan yang baru sebagai bloggers

Apa yang aku lihat nampaknya bloggers di Perak semuannya seakan senada dalam tajuk dan cerita bila kisah VALE jadi fokus penulisan mereka kali ini, hampir semua blog-blog yang aku baca maka aku dapat merumuskan kisahnya sebenar.

Bermula dengan tuduhan bekas MB 11 bulan yang semua orang Perak maklum Nizar Jamaluddin begitu popular dan cukup lantang lagi orang kapitnya dikiri dan kanan atau Ngah dan Ngeh, Memang sentiasa masa terutama dalam apa juga urusan atau soal negeri. Bukan sahaja semacam ada gelombang magnet negatif dan positif yang menyebabkan dia lantang bersuara, kadangkala nampaknya tukang kapit kiri dan kanannya yang lagi lebih, tengok sahaja bila DS Tajol Rosli mengutarakan soalan adakah PAS akan meneruskan pemerintahan cara Islam semasa disidang DUN 2008 sebelum ini.
Nampaknya tukang kapit yang beriya-iya menjawab dan menggunakan undang-undang dari buku yang dipegang memperlihatkan bagai tertera bukti ditangannya yang tiada kaitan untuk sidang perbahaskan isu perjuangan Islam dalam sidang, walhal kita tahu bukan susah sangat melahirkan ketelusan dengan hanya menyebut ya atau tidak kalau bersetuju Islam dimemertabatkan seperti mana yang dijanji dan disebut kononnya salah satu paling utama asas Perjuangan PAS! Tak faham memang tak faham.....

Kalau diceramah Perdana PAS aku lihat dan dengar bagaimana mereka walaupun kafir dkhaskan malah diutamakan sebagai penceramah yang maklum semua orang Perak tahu tentunya gimik paling unik bila mereka akan membaca dan menafsirkan Nadis dan Nas cara mereka sendiri. Tidaklah Ahli PAS akan melaung TAKBIR setiap kali hentian perenggan ucapan tetamu kalau mereka tidak setuju atau menyokong perNan kafir diutamakan dalam majlis yang didakwa semua ahli dan peneraju bagai ulama perjuangkan islam

Berbalik soal VALE ni sebelum ini cukup kecoh apabila Nizar, Sivakumar (Tronoh) bukan main kecoh lagi, sudahlah sebelum ini Nizar sersama lebih 60 Penyokong Pakatan Rakyat berpiket malah siap melancarkan kempen yang kononnya nak SELAMATKAN TELUK RUBIAH, Macam-macam tuduhan yang dilemparkan termasuk kononnya DS Dr Zambry Kadir menjual lebih 1000 hektar kepada VALE, kononnya Nizar mendedahkan penyelewengan dan UMNO / BN yang rakyat tidak tahu. malah dengan lantangnya dia membezakan betapa BN dan UMNO sebagai penyamun Harta Rakyat! Jauh lebih baik kerajaan bertahan 11bulan oleh Pakatan Rakyat yang dapat menyelamatkan dari kroni yang merompak selagi apa yang ada boleh disamun, bukan setakat itu sahaja malah PR telahpun menyelamatkan Perak dari beban hutang serta mendatangkan hasil kepada negeri

Yang lagi tak faham bila perhimpunan PR itu telah dibalas dengan perhimpunan secara aman mempertikai apa yang telah digembar gemburkan isu VALE tersebut, kali ini seramai lebih 300 yang hadir terdiri dari penduduk asal, nelayan, dan beberapa pertubuhan NGO yang ikut serta. 100% semuanya terdiri penduduk tempatan, jadi siapa pula yang nizar dan sivakumar kerah berpiket?

Akhirnya semua terjawab dan didedahkan bila rakan-rakan bloggers PCT (Perak Cyber Troopers) surat yang ditanda tangani olehnya bila beliau ketika menjadi Menteri Besar Perak 2008 yang lalu,dia juga turut mengaku memang surat tersebut ditanda tangani oleh beliau sendiri.

Pelik dan dia buat rakyat cukup keliru, barulah kita faham rupa-rupanya rakyat hanya sebagai penonton Opera dia jer! Bukan main lantang lagi dia mengecam malah menjelajah bersiri buat penjelasan betapa Maha Zalimnya UMNO dan BN sebagai perompak harta rakyat Perak Darul Ridzuan

Baru kita tahu dan memang cukup jelas alkisah sebenarnya pasal VALE ni. Rupa-rupanya dia pun telah lama tahu malah menCUBA cari ruang semasa MB puppet yang hanya bertahan hanya selama 11 bulan, surat tersebut juga mendedahkan bagaimana rakyat tertipu dalam lakonannya sekali gus rupa-rupanya dia memang tahu dan mencari ruang yang kita tidak faham tujuannya, samada mahu berkira-kira ataupun seperti maklum arahan dewa kiri ataupun dewa kirinya

Memang payah nak faham perbuatan dia ini, kata tak tahu sebaliknya dia yang tanda tangani surat tersebut sebagai menyokong VALE dan dikelaskan semula. Bertambah kusut bila yang hadir didemonstrasi bukan penduduk tetap, Siapa pulak mereka ini?

Fahamlah kita menghuraikan story line alkisah ini, kebanyakan rakyat sepakat dan sependapat, Isu VALE dibangkitkan ini nampaknya boleh kita terjemahkan 3 pekara puncanya

1. Dendam kesumat dengan MB sekarang dan UMNO dan amat kita faham memang sebagai serangan memburukkan imej kerajaan negeri sekarang
2. Kerana tak dapat ke dia sebab tak sempat bila hanya merasa 11 bulan sebagai MB
3. Rasanya semua yang dirancangkan datang dari rancangan dewa kiri dan kanannya, macam kata sahabat aku 'kalau setakat dia tentu tak akan sampai begini mengatur rancangannya

Tak faham memang tak Faham kenapa yang mengaku memperjuangkan Islam sebaliknya dia lah pulak yang terang-terang menipu Rakyat, yang paling kelakar bila dia sardin jer tersenggeh dan ngangeh bila kantoi, menyeronggin (dan selamba jer dia bila KNTOI!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...