Wednesday 11 April 2012

Gempa bumi di Indonesia 11.4.2012



Moga Allah melindungi kalian...... Aku bersimpati, kententuan dari Allah atas musibahnya, ada hikmah diatas segala kehendaknya......

Friday 6 April 2012

RAKYAT TERPINGA-PINGA, TAK FAHAM...... MEMANG TAK FAHAM

Aku mula tertarik bila meronda dari blog ke blog sahabat Maya dengan tujuan melihat bagaimana mereka menulis dan mengupayakan blog mereka, pelbagai gaya dan cara atau teknik dan taktik bagi menarik pembaca menyinggah maupun adakalanya sebab terpaut kerana susunan serta warna-warni yang dipaparkan. Memang beginilah umpan terbaik bila siapa sahaja terpandang dan terfikir melihat lebih detail

Sebaliknya aku hampir terlupa tujuan asal ku untuk belajar bagaimana mereka menarik minat pengunjung malah jadi setia dan tegar kepada blog mereka, pernah aku bertemu muka dengan beberapa blogger yang mahsyur dan punya nama macam ada kuasa magic atau magnet bila setiap kali keluar posting di blog mereka.

Seperti Saudara Gomo, melihat pada blognya sebelum ini yang begitu panas dan berapi, memang agak sukar meneka tepat bagaimana rupa orangnya yang digambarkan dalam delima tekaan, selalunya salah dan jauh benar tekaan aku. Bukan sekali malah berkali-kali, semuanya tak pernah tepat

Begitu juga adakalanya sebuah blog yang dikongsi beramai, macam tak percaya semua gudang ilmu dikotak pemikiran mereka dikongsi bersama, mungkin itu lebih selesa pada mereka bila ramai yang memberi pendapat makin kukuh dan makin yakin pembaca yang mengikutinya,
Begitu juga seperti blog Sekupangdua yang mendedahkan kepincangan dan penyelewengan isu Baju Rasmi Ahli Majlis Dewan Bandaraya Ipoh.

Pada mulanya aku rasa tentunya pemiliknya seorang yang bermuka garang, berani dan tegas, mana tidaknya bila terjahannya cukup berani dan berdiri diatas fakta serta bukti, belum lagi aku dengar ada yang lain bertindak begitu.
Sebaliknya aku gagal lagi meneka dengan tepat bila melihat tuan punya nama rupanya tak lah sebegis yang aku gambarkan, itupun entah ya atau tidak bila sahabat karib aku tunjukan dari jauh seorang lelaki yang berusia separuh abad dengan begitu yakin sahih Sekupangdua. penilaianku semasa diPRN Sarawak. Malah apa yang aku lihat tidak nampak lansung perbezaan handal atau tidak berperang maya bila rakan-rakan yang duduk semeja bagai tiada apa kasta atau perbezaan yang hebat dan yang baru sebagai bloggers

Apa yang aku lihat nampaknya bloggers di Perak semuannya seakan senada dalam tajuk dan cerita bila kisah VALE jadi fokus penulisan mereka kali ini, hampir semua blog-blog yang aku baca maka aku dapat merumuskan kisahnya sebenar.

Bermula dengan tuduhan bekas MB 11 bulan yang semua orang Perak maklum Nizar Jamaluddin begitu popular dan cukup lantang lagi orang kapitnya dikiri dan kanan atau Ngah dan Ngeh, Memang sentiasa masa terutama dalam apa juga urusan atau soal negeri. Bukan sahaja semacam ada gelombang magnet negatif dan positif yang menyebabkan dia lantang bersuara, kadangkala nampaknya tukang kapit kiri dan kanannya yang lagi lebih, tengok sahaja bila DS Tajol Rosli mengutarakan soalan adakah PAS akan meneruskan pemerintahan cara Islam semasa disidang DUN 2008 sebelum ini.
Nampaknya tukang kapit yang beriya-iya menjawab dan menggunakan undang-undang dari buku yang dipegang memperlihatkan bagai tertera bukti ditangannya yang tiada kaitan untuk sidang perbahaskan isu perjuangan Islam dalam sidang, walhal kita tahu bukan susah sangat melahirkan ketelusan dengan hanya menyebut ya atau tidak kalau bersetuju Islam dimemertabatkan seperti mana yang dijanji dan disebut kononnya salah satu paling utama asas Perjuangan PAS! Tak faham memang tak faham.....

Kalau diceramah Perdana PAS aku lihat dan dengar bagaimana mereka walaupun kafir dkhaskan malah diutamakan sebagai penceramah yang maklum semua orang Perak tahu tentunya gimik paling unik bila mereka akan membaca dan menafsirkan Nadis dan Nas cara mereka sendiri. Tidaklah Ahli PAS akan melaung TAKBIR setiap kali hentian perenggan ucapan tetamu kalau mereka tidak setuju atau menyokong perNan kafir diutamakan dalam majlis yang didakwa semua ahli dan peneraju bagai ulama perjuangkan islam

Berbalik soal VALE ni sebelum ini cukup kecoh apabila Nizar, Sivakumar (Tronoh) bukan main kecoh lagi, sudahlah sebelum ini Nizar sersama lebih 60 Penyokong Pakatan Rakyat berpiket malah siap melancarkan kempen yang kononnya nak SELAMATKAN TELUK RUBIAH, Macam-macam tuduhan yang dilemparkan termasuk kononnya DS Dr Zambry Kadir menjual lebih 1000 hektar kepada VALE, kononnya Nizar mendedahkan penyelewengan dan UMNO / BN yang rakyat tidak tahu. malah dengan lantangnya dia membezakan betapa BN dan UMNO sebagai penyamun Harta Rakyat! Jauh lebih baik kerajaan bertahan 11bulan oleh Pakatan Rakyat yang dapat menyelamatkan dari kroni yang merompak selagi apa yang ada boleh disamun, bukan setakat itu sahaja malah PR telahpun menyelamatkan Perak dari beban hutang serta mendatangkan hasil kepada negeri

Yang lagi tak faham bila perhimpunan PR itu telah dibalas dengan perhimpunan secara aman mempertikai apa yang telah digembar gemburkan isu VALE tersebut, kali ini seramai lebih 300 yang hadir terdiri dari penduduk asal, nelayan, dan beberapa pertubuhan NGO yang ikut serta. 100% semuanya terdiri penduduk tempatan, jadi siapa pula yang nizar dan sivakumar kerah berpiket?

Akhirnya semua terjawab dan didedahkan bila rakan-rakan bloggers PCT (Perak Cyber Troopers) surat yang ditanda tangani olehnya bila beliau ketika menjadi Menteri Besar Perak 2008 yang lalu,dia juga turut mengaku memang surat tersebut ditanda tangani oleh beliau sendiri.

Pelik dan dia buat rakyat cukup keliru, barulah kita faham rupa-rupanya rakyat hanya sebagai penonton Opera dia jer! Bukan main lantang lagi dia mengecam malah menjelajah bersiri buat penjelasan betapa Maha Zalimnya UMNO dan BN sebagai perompak harta rakyat Perak Darul Ridzuan

Baru kita tahu dan memang cukup jelas alkisah sebenarnya pasal VALE ni. Rupa-rupanya dia pun telah lama tahu malah menCUBA cari ruang semasa MB puppet yang hanya bertahan hanya selama 11 bulan, surat tersebut juga mendedahkan bagaimana rakyat tertipu dalam lakonannya sekali gus rupa-rupanya dia memang tahu dan mencari ruang yang kita tidak faham tujuannya, samada mahu berkira-kira ataupun seperti maklum arahan dewa kiri ataupun dewa kirinya

Memang payah nak faham perbuatan dia ini, kata tak tahu sebaliknya dia yang tanda tangani surat tersebut sebagai menyokong VALE dan dikelaskan semula. Bertambah kusut bila yang hadir didemonstrasi bukan penduduk tetap, Siapa pulak mereka ini?

Fahamlah kita menghuraikan story line alkisah ini, kebanyakan rakyat sepakat dan sependapat, Isu VALE dibangkitkan ini nampaknya boleh kita terjemahkan 3 pekara puncanya

1. Dendam kesumat dengan MB sekarang dan UMNO dan amat kita faham memang sebagai serangan memburukkan imej kerajaan negeri sekarang
2. Kerana tak dapat ke dia sebab tak sempat bila hanya merasa 11 bulan sebagai MB
3. Rasanya semua yang dirancangkan datang dari rancangan dewa kiri dan kanannya, macam kata sahabat aku 'kalau setakat dia tentu tak akan sampai begini mengatur rancangannya

Tak faham memang tak Faham kenapa yang mengaku memperjuangkan Islam sebaliknya dia lah pulak yang terang-terang menipu Rakyat, yang paling kelakar bila dia sardin jer tersenggeh dan ngangeh bila kantoi, menyeronggin (dan selamba jer dia bila KNTOI!

Thursday 5 April 2012

KELUH KESAH RAKYAT! PAKCIK TUA, KOPI 'O' DAN SURATKHABAR......


Pagi semalam..... Gundah sang perut buat Aku merayau mencari tempat memujuk sang perut agar dia tak merajuk, mana lah tau kalau-kalau diundang sedara angin dia nanti aku juga yang susah, mana taknya kalau dah bercampur angin dalam perut, apa kerja pun tak jadi, kurang selesa seharian buat mood pulak hilang lari tah kemana, sebelum funky muzik makin kuat baik aku meyinggah di Kedai Kopi

Aku tak bagi peluang pada tokey bertanya menu, terus jer aku minta 'Teh Tarik dan Nasi Lemak telor mata', sementara menunggu anak mata aku kehulu kehilir mencari lipatan kertas yang memang untuk tugas mata meneliti dan berkongsi akal pada apa yang tercatat dalam lipatan kertas yang dinamakan SURAT KHABAR!

Rupanya selang dua meja dari aku, kelihatan 5 pelanggan duduk semeja, rasanya tak banyak beza hitungan umur mereka, telahan aku dari 50 hingga ke lewat 70an umur mereka yang nampaknya macam pelanggan tetap kedai kopi ni. Malah, mereka ni aku rasa akrab bin karib atau kawan rapat berdasarkan apa yang aku perhatikan bila salah seorang selamba sahaja mengambil sebatang rokok sahabatnya tadi, terus mencucuh tanpa meminta izin kepada yang empunya rokok tersebut. Sahabat nya tadi begitu asyik membaca inti surat khabar seolah apa yang dia tengah baca lebih penting dari berborak dengan rakan semejanya

Tersenyum juga aku bila melihat pakcik yang rasanya mencecah 80 tahun usianya berkopiah putih begitu kusyuk membaca suratkhabar dan diatas mejanya kelihatan cawan jernih yang tinggal separuh kopi 'o' dan pinggan kosong yang nampak jelas licin cuma tertinggal sisa sambal ikan bilis dan lebihan kompenan Nasi Lemak yang lain rasanya dah sampai kedalam distinasi hulu perut. Apa yang aku senyumkan ialah bila terfikir tentunya orang tua ni sihat sebab dikebanyakan usia lebih separuh abad ni selalunya dah akrab dengan 3 sedara baru iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung

Tiba-tiba pakcik tu bersuara tanpa berhenti membaca 'Komer (kamu) tengok ni, Nazrin bagi amaran supaya jangan sekali-kali cuba persenda dan guna ugama kita untuk diri sendiri. Pasal politik hancur ugama kita. Dia ler ketua agama kita, kenaler kita ikut! Ini tak, tengok jer ceramah-ceramah sebelum ni, boleh ker orang cina yang tentunya bukan Islam (kafir) pulak jadi ustad siap dibacanya surah-surah ikut suka hati dia jer!' bukan sekali tapi komer pun tahu, setiap kali demer buat ceramah perdana mesti dema bagi orang kafir berucap pasal ugama kita'



Jelas terpampang titah Raja Muda sebagai Ketua Agama   

Tu la Pak Man..... Sampok kawan semeja dia tadi, orang kapiak tu satu hai. Tapi yang kita duk pelik ni bukan orang laen yang buat keja lagu ni, Orang islam sendiri yang pi panggil orang kapiak berucap, lepas tu depa duk pakat ramai-ramai pi jerit takbir,
Saya pun cukup tak paham macamna depa guna akai, lagu ni la kalau otak duduk tang lutut.depa ni lagi teruk dari israel! Depa tu dah tentu la yahudi keparat, satu dunia tau depa cukup musuh dengan islam.
Yang depa buat lagu ni lagi teruk...... Depa pulak yang mau hancokan (hancurkan) islam, sudah la bawak kawan kapiak jadi ustad, Mufti pun depa duk panggil Haramsani, mufti tu Pak Man yang depa duk perlekeh sakan, tu la pasai kita tenguk memang kurang hajak sampai Sanggup pi berguling atas jalan halang kereta Sultan, bukan kita tak tau depa ni buruk perangai ikut arahan sapa!

Dema ingat macam ler rakyat ni macam lembu, ikut jer merata kena tarik, bukan kita tak tau pasai nak memang mana cara pun dema buat, komer ingat kalau dema menang boleh ker dema jadi ketua, sedangkan memang kita tau kalau dema menang semua undi pun dema ler paling kecik dan jangan mimpi ler kawan kapior (kafir) dema bagi jadi kepala dema..... Sekarang ni pun mana dema berani angkat muka, tengok ler nak buat hudud pun dema tak berani sebab kawan kapior tak bagi, tak caya komer tengok ler piliharaya nanti tentu pasai hudud timbui balik. Esok habis pilihanraya senyap balik.

Ater kalau dah kena buat hudud buat jerler, kata dema takut kat Allah jer, tak sapa melarang kalau dema nak buat, buat jer di Kelantan, apa masalahnya? tak kan takut pulak, kalau udah berani merusuh, demonstrasi haram, berarak atas jalan dam macam-macam lagi, kenapa tak berani buat hukum Hudud? Kata Pak Man dan sambung hirup Kopi yang berbaki didalam cawannya.

Ha ha ha..... Mana depa berani Pak Man, benggali yang pakai kerusi roda tu pun depa tak berani angkat muka, lagi ada akai pi tunding kat orang lain

Lama juga aku memasang telinga, rasanya elok lah korang fikir sendiri dari cerita yang aku lalui, kita diberi akal untuk menilai...... Gunalah kurniaan tuhan dengan berfikir melalui Otak, bukan guna akal di kepala lutut, fikir-fikirlah sewaras-warasnya. Hari ini nampaknya aku belajar lagi, rupa-rupanya ilmu itu bukan boleh dapat semasa belajar disekolah dan pengajian tinggi jer, Ilmu kemanusiaan rupanya ada dimana-mana termasuk Kedai Kopi... Wallahualam

P/s maaf berAKU-AKU, Sebabnya kurang selesa guna ganti nama diri 'saya'




s

Tuesday 3 April 2012

TEH TARIK, NASIK LEMAK, MEE KARI, CAPATI, TOSE DAN ROTI CANAI


Setiap pagi seluruh rakyat berbilang kaum memang maklum dengan menu pagi harian yang menjadi pilihan... Sedar atau tidak inilah dia nya rumusan kaum yang harmoni di Malaysia. Janggallah tabiat kalau ada yang masih belum mengenal nama-nama yang wajib di akal pemikiran setiap rakyat di Malaysia

Pagi ini bila tara menunggu kehadiran menu yang diminta, saya sempat membelek akhbar harian, tiba-tiba kepinginan melihat diantaranya akhbar siasah bertema politik yang maklumnya hanya untuk ahli tetapi melanggar dasar etika rasa kemanusiaan bila ia bagai tidak memperdulikan sasaran pembaca dengan dijual merata-rata sekalipun tertera jelas HANYA UNTUK AHLI

Entah kenapa pula tiba-tiba hari ini saya teringin membaca walaupun selama ini banyak benar yang telah kedengaran pelbagai cerita yang
ada reka,
ada juga yang nista,
banyak yang buruk dari yang baik,
banyak yang janggal dari yang asal
Banyak yang mencemuh dari yang memuji
Banyak yang takbur dari yang akur
Banyak yang kabur dari yang jelas

pendek kata banyak yang panas dari yang reda,

Dari awal saya berjanji kepada hati agar tidak terus percaya apa yang tertera, biar hati dan akal tidak tersinggung atau terpinggir peranannya selama ini, merekalah yang jadi pertimbangan kepada saya, merekalah fungsi utama diantaranya membuat penilaian, tak tergamak pulak sehingga nanti seperti diperibahasakan 'Pakai otak di kepala lutut' ha ha ha tentu lutut jugak marah menuduh dia terlibat

Sebaik memulakan bacaan di tajuk-tajuk cerita sudah membuat saya diziarahi sang mual, akal berputar terbalik jadinya, semua cerita nampaknya memang benar seperti yang dikhabarkan, semuanya tidak benar dan salah belaka,
Senuanya buruk belaka jika musuh mereka
Semuanya syurga jika itu mereka
Semuanya tidak ada jika selain mereka
Semuanya hanya terbaik untuk mereka
Semuanya songsang tidak laras seperti mereka
Semuanya jahat tidak sebaik kata mereka
Semuanya musnah tapi tidak jika mereka
Semuanya neraka kecuali hanya mereka sahaja syurga
Semuanya kaum dikhabarkan sengketa
Semuanya bangsa dilaporkan huru hara diantaranya
Kerajaan yang sediada nampaknya punya bangsa-bangsa bersengketa

Makin kusut dan melalut nampaknya apa yang mata melihat dan meminta akal menapisnya, nasib sahabat ketiga mereka sang hati mula merasa, melontar terus kepada sidang deria, keputusannya saya sudah nekad tidak meneruskannya, makin kusut akal fikiran, makin berkecamuk keputusan hati, makin gundah setiap rasa, cukup..... Memang cukup lah saya mesti berhenti dan semua yang ada terpaksa saya buang jauh-jauh, ini bukan selera saya, tidak lagi selepas ini, biarlah rugi membelinya tidak saya kira, titik tanda saya berhenti membaca.

'Makan apa encik?, Nasi Lemak, Mee Kari, Capati, Roti Canai dan macam-macam lagi ada' termanggu saya seketika, betulkah pelbagai bangsa huru hara seperti diceritera dalam akhbar tadi? Menu yang diperkatakan tadi pun kita sudah dapat merasa, betapa pelbagai rasa, Melayu, Cina, India,Singh dan lain-lain pun sudah sebati serasa, bukankah ini sudah memperlihatkan keakraban kaum yang sedia ada. Ishhh pelik apa yang diwartakan dalam akhbar tadi. Nasihat saya... Jangan sekali-kali cuba atau teringin membacanya...

ISRAEL OH ISRAEL! : PALESTINE..... IKTIBAR UNTUK DUNIA.


Anak-anak bumi Palestine yang memang seluruh dunia maklum atas dakwaan Israel, Amerika dan negara-negara sekutu yahudi laknatullah digambarkan amat kejam kerana bersenjata berbahaya dengan gengaman batu yang dilemparkan, acap kali di alasankan setiap kali bila dunia melihat gelimpangnya tubuh-tubuh yang telah kaku dan tidak sempurna sifat yang dihujankan dengan pelbagai bahana letupan israel. Bukan sahaja yang mahu berakhir jihad malah semuda anak-anak kecil juga diantaranya

Menangis bukan lagi urutan sepatutnya dalam kejadian, sebaliknya semakin menjadi tanda tanya tidak lagi kedengaran pada aturan sebagai seorang yang begelar manusia yang punya hati dan perasaan.
Bagi Palestine semuanya kini sudah mua untuk dilahirkan dalam bentuk tangisan. Segala kemarahan, kesedihan, penyesalan, dan dendam sudah tidak lagi boleh terlihat dengan linangan airmata dan jerit geram. Terlalu lama mereka terpaksa lalui rutin yang amat menyakit dan menyiksakan hati peribumi Palestine ini, semuanya kini tersimpan jauh didalam buku hati mereka selain seperti biasanya berakhir tangisan

Sebaik bunga api Israel untuk membunuh selesai ditaburkan, maka akan beramai lah yang keluar bukan untuk meraikan pesta bunga api yang khas boleh membunuh oleh israel ini sebaliknya mereka keluar untuk mencari dari di bawah timbunan robohan bata dinding sehinggalah yang mudah terpandang bergelimpangan diatas jalan-jalan tubuh yang kebanyakannya tidak lagi sempurna sifat tubuh berbasah warna Merah. Apa yang mampu dan menjadi usaha mereka adalah harapan kecil jika ada yang masih bernyawa dan boleh diselamatkan


Punca sama yang sudah lali bagi kita, malah amat tahu kesudahannya..... Inilah akibatnya kalau membenarkan kuasa kafir laknatullah dan sekutu yahudi jika kita beriya menjemput kuasa yang kononnya boleh menjadi penyelesaian angkara di bumi tertanamnya uri ibu kita. Timur tengah telah memperlihatkan kepada kita, sekalipun kononnya mengundang mereka akan dapat mendamaikan negara kita.

Jijiknya sifat manusia yang tidak pernah kita menjangkaukan atau lebih tepat lagi diluar kotak pemikiran kita memang mustahil ada yang berfikir begini, mana mungkin ada yang sanggup mengkhianati agama dan bangsa sudah lama kita kita materi diakal fikiran kita. Rupanya memang kena kena berani terima bahaya tafsiran kita terlalu songsang dan jauh benarnya.

Hari ini bukan seorang, bukan sekelompok, malah bukan seketurunan.... Malah beratus kali ganda salasilah keturunan bangsa sanggup menjadi khianat agama dan bangsa menyiru tadah kepada kuasa penghancur ini diundang kelaman negara kita sendiri. Apa sahaja urusan yang halalnya dibarat diajak ikut sama dalam politik yang berzaman mengikut acuan adab dan adat serta metujuk tuntutan islam itu sendiri. Bagaiman zina, liwat dan menjadi sekutu zoinis itu dahulunya memang dikekang adat sebagai paling menjijikan tetapi hari ini nampaknya barat yang memang halal dengan laku terlarang ini diundang kononnya mahu memperlihatkan seolah kejam dan zalimnya kerajaan kita yang kini menghukum bagi merealisasikan konspirasi.


Secara tidak sedar oleh rakyat, sebaliknya tidak bagi mereka sebab ini jalan terbaik dengan bersekutu dengan barat dan yahudi membolehkan neraca nasib akan berat kearah mereka. Maklum kesudahannya kalau kagir laknatullah ini bertapak di ibunda kesayangan kita sudah tentulah meraka yang mengundang barat, yahudi dan sekutunya akan lebih terselamat kerana tentunya sebagai membalas jasa dan kesetiaan kita yang menjemput bertandang dan sekali gus bakal menjadikan nasib kita sama seperti seagama kita di timur tengah yang semakin pudar kita mula lupa bagaimana rupa keamanan sebelum ini yang mereka kecapi kini sudah pun dinoktahkan dalam buku sejarah

Oleh itu sahabat seagama dan bangsaku,
Berilah sedikit ruang.....
Berilah sedikit akal dan hati.....
Berilah sedikit rasa.....
Berilah sedikit keinsanan.....
Berilah sedikit pemikiran.....
Berilah sedikit kepercayaan....
Berilah sedikit masa....
Berilah sedikit kelonggaran kepada harapan saya yang mohon dianggap sebagai sahabat seagama dan bangsa untuk kita merungkai kesilapan yang kita akui bersama.

Apakah kita perlukan barat dan yahudi untuk meleraikan masalah yang segelintir hadapi secara peribadi dengan mengundang mereka?

Perlukah kita memperlihatkan kenyataan akur dengan kewujudan Israel bila mereka mengundang kita berbicara diruang maya mereka?

Patutkah kita libatkan mereka hanya kerana mereka kuasa besar dunia?

Tidak kah kita sepatutnya tegas memperkatakan terus dan jelas kezaliman mereka yang membunuh seagama?

Perlukah kita berdolak dalih menyanggah dan menerima oleh kerana ada yang terhutang atau berurus secara ghaib dari mata rakyat?

Sukar sangatkah kita katakan 'CELAKA LAH ISRAEL LAKNATULLAH!'

Seperti yang masih dalam biduk pemikiran saya bila sahabat pernah perkatakan ungkapan ini......

TIADA NEGARA YANG AMAN SELEPAS BANGKIT DENGAN PEMBERONTAKAN MAUPUN RAMPASAN,

Jadilah rakyat yang sayangkan keamanan,
kita azam kekalkan kemakmuran,
kita lebarkan keharmonian,
kita mengangkat suara perpaduan

Sekalipun bukan untuk kita, tetapi untuk genarasi anak-anak dan cucu-cucu warisan kita...... Insyallah

SALAM UKUWAH

Sebagai memenuhi kehendak perjuangan, saya menceburi dan mahu melakar kata serta pendapat bagi diri saya dalam menjadi diantara pendapat-pendapat yang akan saya lontarkan, haraf sahabat sekalian menerima..

Sebagai memenuhi serta menyelusuri maya, rasanya ada pekara yang tidak sepenuh dijangkau, terasa itu merupakan kewajipan saya bila mengetahui yang benar dan sebenarnya..

Sebagai menyertai rakan yang sudah lama berjuang dimaya, saya harap kalian dapat menerima saya dengan seadana..

Sebagai seorang rakyat di negeri Perak Darul Ridzuan, saya tetap bersyukur dengan keamanan yang tersedia ada hasil perjuangan pahlawan terdahulu...

Sebagai anak bangsa juga saya turut terpanggil untuk memukadimahkan segala kebenaran agar semua tahu dan boleh menilai..

Sebagai insan juga saya punya keinganan bersama sebagai pelopor maya merungkai segala kekusutan dan kekusutan yang perlu diNEUTRALkan

Sebagai seorang hamba juga tentunya saya ada kelemahan dan melakukan kesilapan, harap kalian terima adanya, menegur dengan nada sahabat sebenarnya adalah satu penyelesaian

Moga kalian menerima saya...

Saya tetap mendoakan kebahgian untuk kalian... Moga Perak Darul Ridzuan akan kekal Aman dan jayanya

Amin ya rabbul' a'lamin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...